Jawatan Kosong 2012 Oil and Gas. Dapatkan info terkini jawatan kosong 2012 offshore di Dynamic Offshore. Tips interview jawatan kosong offshore 2012 (Offshore Jobs 2012)
Sunday, 1 July 2012
Jawatan Kosong Julai 2012: MIROS
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan
jawatan seperti berikut:
(1) JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
GRED : N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN
SOKONGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : TETAP
JADUAL GAJI MATRIK : P1 RM1910.02 – RM5468.52
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan (sains tingkah
laku, psikologi, psikoanalisis, pendidikan atau sains kognitif) yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya;
(d) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa
Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; dan
(e) Keutamaan diberi kepada calon yang boleh bertutur dan menulis
dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.2
(2) JAWATAN : JURUTEKNIK
GRED : J17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIK : P1 RM952.66 – RM2722.67
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di
jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi terkini.
(b) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik
hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:
Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS:
www.miros.gov.my
(d) Tarikh tutup permohonan pada 16 Julai 2012.
(e) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak
MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan
tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.